“Kalau Dah Curang Tu, Mengaku Je La” – Nabila Huda Bengang Abang Tesla Buat Content Murahan.. Tak Perlu Biasakan Poligami

Pelakon berkaliber, Nabila Huda meluahkan isi hatinya yang terkesan terhadap isu tular Abang Tesla yang membuat video meminta izin isteri untuk berkahwin dua.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil ini memuat naik beberapa hantaran di platform X menyelar tindakan memberi nasihat kepada semua pihak terutamanya yang sudah mendirikan rumah tangga.

Sekiranya belum bersedia untuk menjadi suami dan masih melihat wanita lain meskipun sudah ada pasangan istimewa, Abil berharap mereka nikmati kehidupan zaman muda dahulu.

“Kalau masih lagi ada rasa bernafsu tengok perempuan lain, dari pasangan sendiri… better jangan kahwin dulu la. Have fun lah dulu sepuas-puasnya!

“Kalau rasa dah betul-betul bersedia nak jadi seorang suami, setia pada your one and only isteri, baru kahwin. As simple as that.” ujarnya.

Menerusi hantaran lain, anak kepada penyanyi rock Amy Search ini meluahkan rasa geram terhadap tindakan Abang Tesla yang seakan membuat content murahan.

“Kalau dah curang tu, curang je la. Tak perlu la nak biasakan poligami buat content murahan untuk influence orang, nak tunjuk cara kau ni betul..

“If you love her, or she is your first love, atau wanita yang kau berjanji akan jaga dan sayang sampai akhir hayat kau, you will NEVER EVER cheated on her at the first place,” katanya.

Luahnya lagi, seorang isteri akan sentiasa taat kepada suami dalam apa jua keadaan sekalipun namun sebagai suami, seharusnya menghargai. kesetiaan isteri.

“Sebagai seorang suami, kononnya ketua kelurga, mudahnya kau selingkuh dengan kesetiaan seorang wanita bernama isteri?

“Kalau dengan isteri yang kau berjanji akan setia sampai mati ni pun, akhirnya kau mungkir janji, maknanya sampai matilah dengan kedua ke, ketiga ke, atau dengan mana-mana perempuan.

“Untuk pengetahuan, kami (wanita) we don’t do sharing. Tak ada dalam kamus hidup kami nak kena berkongsi orang yang kami bersumpah untuk cinta sampai mati dengan wanita lain ya.

“If you are mine, you are mine only. We only need one man and we want to be his only woman,” katanya.

Sebelum ini, heboh di platform media sosial mengenai individu dikenali sebagai Abang Tesla yang meminta izin isteri untuk berkahwin dua meraih perhatian ramai golongan selebriti dan netizen.

Artikel Berkaitan: “Kalau Betul Sayang Isteri Pertama, Tak Ada Maknanya Menduakan,” – Shila Amzah Luah Rasa Berang

Artikel Berkaitan: “Bodoh Piang Punya Manusia!” – Michael Ang Bengang Dengan ‘Statement’ Abang Tesla

Artikel Berkaitan: “Yang Saya Belajar Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai” – Kongsi Video Deeptalk, Abang Tesla Bikin Ramai ‘Naik Hantu’

Aqilah Paharuzi