[VIDEO] Beri Pesanan Buat Kaum Lelaki Elak Didatangi Penyondol, Gelagat Shila Amzah Cakap ‘Slang’ Sabah Bikin Netizen Terhibur

Penyanyi Shila Amzah mencuri perhatian peminatnya apabila sepotong video pendek tular di TikTok memperlihatkan dirinya sedang memberi pesanan kepada kaum lelaki yang didatangi penyondol.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh kelab peminatnya, Shilalas United, penyanyi itu kelihatan spontan menggunakan bahasa Sabah sambil memberikan tips  yang boleh digunakan oleh golongan lelaki bagi mengelak wujudnya pihak ketiga dalam rumah tangga.

“Kau ni kan, yang menyondol memang perempuan tapi kau lelaki.. kalau satu tangan tepuk tidak akan berbunyi. Apa kau fikir kita semua tidak ada otak kah,

“Tidak boleh kah kau fikir kalau ada yang datang mahu menyondol kau tolak sahaja, cakap saya kahwin sudah, carilah yang bujang-bujang. Saya tidak mau sama kau, isteri saya ada di rumah tu kesian dia tunggu saya. Jangan ganggu saya, pergi cari yang bujang-bujang saja,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun Patah Seribu itu juga berkata, hanya dengan mengingati pengorbanan isteri dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga adalah cara terbaik untuk menolak pelawaan golongan ini.

“Kalau muka kau bidak (jelik) tidak apa tau  yang penting pakai otak.

“Bukan susah pun kau mau cakap pasal isteri yang selalu susah senang bersama-sama di rumah, cakap dengan dia  kalau kau mau menyondol pun saya tidak akan terima,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Shila meninggalkan pelbagai respons terhadap video berkenaan

Malah, ada yang teruja mendengar penyanyi itu bertutur menggunakan loghat Sabah dengan baik.

“Jatuh hati dengar Shila cakap Sabah. Memang fluent!

“Saya sebagai orang Sabah terima loghat yang dipakai. Lulus.

“Lancar juga Melayu Sabah dia.

“Mantap lah Shila cakap Sabah,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun di tonton lebih 200,000 tontonan dengan menerima lebih 15,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Salma Syahbuddin