Categories: HiburanSelebriti

Kali Ini Di Dakwa Membuat Laporan Palsu

Farid Kamil , dia telah didakwa di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas tuduhan membuat laporan polis palsu. Bagaimanapun pelakon lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Menurut laporan , Farid didakwa mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan itu.

Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Farid turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 16 Januari lalu.

SGMS Enal