Categories: Trending

Berita Palsu Lebih Mendapat Perhatian Di Twitter

Fenomena penyebaran berita palsu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Ketika platform berita berginjak ke ruang digital, kredibiliti sesebuah berita yang dilaporkan boleh diragui kesahihannya. Kerajaan Malaysia khususnya memandang berat akan perkara ini dan mengambil langkah pencegahan dengan mewujudkan laman sesawang seBENARnya.my bagi memastikan berita-berita palsu dari terus tersebar.

Satu kajian dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang diterbitkan di dalam Science mendedahkan berita palsu lebih cepat dikongsi oleh netizen jika dibandingkan dengan berita yang lebih dipercayai. Sebagai contoh, lebih 70% keberangkalian berita palsu retweeted di Twitter. Berita benar juga mengambil masa secara purata lebih dari 6 kali ganda berbanding berita palsu untuk sampai ke 1,500 orang di Twitter.

Contoh berita palsu

Berita sebenar

Kajian tersebut juga tidak dapat mencari punca utama mengapa keadaan seperti ini berlaku tetapi tidak menolak kemungkinan sifat semula jadi berita palsu yang berbentuk ‘luar biasa’ atau ‘sangat menarik’ membuatkan pengguna lebih berminat untuk berkongsi berita palsu berbanding berita sebenar.

Sumber

SGMS Putri