Categories: Gaya Hidup

Tip Agar Peti Ais Sentiasa Berbau Segar & Tak Lagi Busuk

Bila buka peti sejuk mesti stres kan terhidu bau busuk! Masalah ini biasanya berlaku kalau peti ais rumah yang dah bertahun pakai lepas itu tahap kesejukan dah berkurang, maka wujudlah bau yang kurang menyenangkan!

Ataupun, bila anda balik kerja, ‘blackout’ pulak dekat rumah, tak pasal-pasal semua ikan, sotong, daging berbau busuk! Terpaksalah pasrah cuci peti sejuk, tetapi bau busuk tetap melekat. Bila dah bau busuk macam ini, anda mesti dah tak mahu makan lagi makanan yang berada di dalam peti ais tersebut. Tak ada selera lah! 

Foto – Csmonitor

Jangan risau, kami kongsikan tips mudah yang anda lakukan bagi memastikan peti sejuk di rumah sentiasa berbau wangi, bersih dan segar.

1. Baking Soda

Foto – Gout and You

Anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam bekas kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh dilarutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.

2. Oatmeal

Foto – Prevention

Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh dikurangkan atau hilang sama sekali.

3. Biji Kopi

Foto – Eizil

Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti sejuk anda akan hilang dengan sendirinya.

4. Gunakan Arang

Foto – Perawatan Kulit Wajah

Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.

5. Pencegahan Awal

Foto – Encontact Omagazine

Anda juga boleh melakukan tindakan pencegahan awal iaitu dengan mencuci terlebih dahulu sayuran atau buah-buahan sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk. Asingkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas yang tertutup bagi mengekalkan kualitinya.

Mudah kan? Anda juga boleh menetapkan rutin mencuci peti sejuk sekali setiap minggu. Ini bagi memastikan peti sejuk sentiasa kekal bersih dan berbau segar. Apa lagi, jom cuba tip mudah ini!

tex_admin