“Kami Sakit Dia Jaga.. Ayu Anak Yang Baik” – Hanya Luah Isi Hati, Nourul Depp Minta Henti Buat Andaian Sendiri

Penyanyi, Nourul Depp berharap ramai pihak dapat berhenti membuat sebarang spekulasi berkaitan hantarannya di Instagram baru-baru ini yang berkongsi pengalaman melahirkan anak pertamanya, Ayu Nazirah sekitar 25 tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Nourul memuat naik tangkapan skrin perbualan bersama rakan, Hariz Hasnan memaklumkannya terdapat blogger yang berkongsi perkongsiannya itu di laman portal hiburan sensasi mereka.

Rakannya berkata hantaran di Instagram blogger tersebut meraih perhatian ramai yang mula membuat spekulasi mereka sendiri berhubung perkongsian Nourul itu.

Susulan itu, Nourul tampil memberi respons bagi menepis segala spekulasi yang dihebohkan oleh netizen terutamanya berkaitan hubungan bersama anak tersayang.

Berdasarkan hantaran di Instagram Story (IGs), Nourul berkata muat naik tersebut hanyalah sekadar luahan hatinya sebagai seorang ibu dan manusia yang tidak sempurna.

Tambahnya lagi, Nourul berharap ramai pihak dapat berhenti menyebarkan sebarang spekulasi yang hanya akan mengeruhkan keadaan sahaja.

“Terima kasih kerana berjalan dalam kasut saya. Hebatnya, nak tahu dan kenal nujum pak belalang hangpa. Spekulasi tu kan boleh jadi menghasut.

“Tak perlu lah speculate. Memang kami yang kongsi. Hanya luahan dari hati seorang ibu dan manusia yang tidak sempurna. So do you! Terima kasih atas keperihatinan anda,” tulisnya.

Ayu Nazirah Anak Yang Baik

Sementara itu, pelantun lagu popular Kerana Terluka ini juga turut berkongsi foto saling berpelukan bersama anaknya, Ayu Nazirah serta mendedahkan anaknya seorang yang baik dan pernah menjaga Nourul di Hospital.

“Kami sakit, dia jaga. Kami masuk hospital buat hysterectomy, dia jaga tidur di hospital. Dia anak yang baik…,” akhirnya.

Sebelum ini, perkongsian Nourul mencetuskan tanda tanya ramai pihak apabila mengatakan dirinya telah mati selepas membesarkan anak gadisnya.

Artikel Berkaitan: “Wanita Dalam Gambar Ni Dah ‘Mati’ Masa Besarkan Anak Gadisnya” – Kapsyen Nourul Depp Cetus Tanda Tanya?

Sekadar info, Ayu adalah anak dari hasil perkahwinan pertama Nourul bersama komposer terkenal, Ajai.

Selepas bercerai, Nourul mendirikan rumah tangga kedua bersama Eric Daniel Depp pada 2012 dan mempunyai tiga cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Enggan Kenang Kisah Lalu, Hubungan Nourul Depp & Anak Sulung Didakwa Goyah? – “Tak Akan Terima Lagi, Saya Tidak Reda…”

Aqilah Paharuzi