Kerap Terima Komen Nak Tengok Konten Anak Saudara, Ariz Lufiaz Akui ‘Pedih’

Ahli kumpulan Forteen, Ariz Lufiaz sering memuat naik hantaran di TikTok bersama dengan anak saudaranya, Aisyah.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Ariz akui berkecil hati apabila menerima komen-komen mahu melihat lebih banyak konten Aisyah berbanding dirinya.

“We need Aisyah more than uncle, sorry uncle,” komen individu tersebut.

Tidak berdiam diri, dia membalas dengan memberitahu untuk ‘follow’ akaun Aisyah dan ‘unfollow’ akaunnya.

“Okay je but you can unfollow me and start following @AisyahDanAisy for Aisyah’s content.

“Pedih juga bila kerap sangat orang komen macam ni,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen cuba untuk memujuk Ariz dan memberitahu mereka masih mahukan konten daripadanya.

“Tak apa saya lebih perlukan unclenya.

“No no I follow uncle cause uncle is my crush huhu.

“Haip jangan macam macam ya, we need both of them,” komen netizen.

Maya Basir