Categories: SelebritiTrending

Kongsi Foto Busana Nikah Serba Putih, Noh Salleh Tamat Zaman Duda Hujung September Ini

Umum mengetahui vokalis Kumpulan Hujan, Noh Salleh telah mengikat tali pertunangan dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa pada 6 Mei lalu.

Terbaru, Noh memuat naik sekeping foto yang memaparkan busana pengantin berona putih menerusi hantaran di Instagramnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, busana yang dikongsikan tersebut adalah hasil rekaan daripada Fidae Fine Dressmaking malah turut memaparkan nama Noh dan tunangnya beserta tarikh pada penyangkut baju.

Susulan berita pertunangannya tular, Noh memaklumkan bahawa dia bakal diijab kabulkan bersama wanita pilihan hatinya yang merupakan seorang peguam pada 23 September ini.

Artikel Berkaitan: Kad kahwin Noh Salleh & Tunang Tular, Bakal Nikah 23 September Ini

Artikel Berkaitan: Noh Salleh Sah Bertunang Dengan Peguam, Bakal Bernikah Pada 23 September Ini

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan urusannya dipermudahkan.

Sebelum ini, Noh pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer, Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan telah bercerai pada Ogos 2022.

Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun itu, mereka tidak dikurniakan rezeki anak dan mengambil keputusan untuk menjaga anak angkat iaitu Musa pada April 2022.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berebut Anak, Noh Salleh Dedah 6 Bulan Harungi Tempoh Sukar Selepas Cerai Dengan Mizz Nina

Atiqah Johari