Bijak! Reaksi Jebat Jayden Cakap Slang Sabah Bikin Netizen Terhibur, Tapi Ramai Komen : “Dia Tetap Nak Jadi Anak Antoo Penang”

Anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden mencuri perhatian selepas video pendeknya bertutur dalam loghat Sabah tular di TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh peminatnya, Noor Nabila kelihatan bertanyakan kepada anaknya itu sama ada takut atau tidak menonton filem Hantu Kak Limah.

Namun, Jebat yang kelihatan sedang duduk di sebelah ibunya membalas pertanyaan tersebut dengan bertutur menggunakan bahasa Sabah.

“Lucu bah itu Hantu Kak Limah ba

“Saya bukan orang Sabah, saya orang Penang. Tapi saya saja jak cakap Sabah,” katanya.

Terhibur mendengar Jebat Jayden bertutur dalam loghat tersebut, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran video berkenaan.

Malah, ada yang menganggap Jebat fasih berbahasa Sabah disebabkan pengaruh dari sepupunya, Inara yang tinggal di negeri tersebut.

“Mesti terpengaruh dengan Inara cousin dia dari Sabah, anak Nelissa.

“Mantap Jebat Jayden. Boleh tinggal sam aInara suda tu.

“Pandainya Jebat cakap Sabah!

“Omaigad! Siapa ajar Jebat cakap Sabah ni. Lulus cemerlang!

“Lurus betul slang Sabah dia sampai i watch over and over again,” komen netizen.

Selain itu, ada juga warganet yang berseloroh, walaupun Jebat fasih berbahasa Sabah, namun semangat dan jati diri menjadi orang Penang tetap utuh.

“Anak antoo tetap nak jadi anak Penang.

“Dia tetap sokong Baba dia. Alahai Penang.

“Aduh, lepasni Mamu (Sharnaaz) cakap Sabah pula,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 500,000 tontonan dan menerima lebih 49,000 tanda suka.

Salma Syahbuddin