Usia Kandungan Masuk Enam Bulan, Sarimah Ibrahim Kongsi Gambar ‘Baby Bump’

“ Kandungan saya kini memasuki usia 6 bulan, Alhamdulillah,” tulis pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim yang teruja bakal menyambut kelahiran anak pertamanya pada Julai depan.

Menerusi sebuah entri di Instagramnya, selebriti berusia 42 tahun ini berkongsi pengalaman indah sepanjang tempoh kehamilannya.

“ Perut saya semakin membesar ke depan dan bukan di bahagian sisi tetapi. Bila perut membesar, terasa sakit di pinggang. Saya melakukan sedikit senaman di waktu pagi bagi mengurangkan kesakitan.

“ Otot di bahagian betis juga terasa sakit. Terima kasih dengan bantuan Pilaetes yang membuatkan saya lebih kuat, kalau tidak…aduhh lagilah merasa,” tulisnya yang turut memohon perkongsian tips untuk mengurangkan sakit belakang daripada pengikutnya di Instagram.

Sementara itu, Sarimah turut memuatnaik gambar ‘baby bump’ dan memaklumkan dia dan suami sudah siap sedia dengan nama bakal bayi mereka. Mesti comel kan!

Penyanyi Kini Kau Tiada ini bernikah dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April 2015. 

SGMS Faida