Kolaborasi RM Bersama Honne Buat Peminat BTS Teruja

Sejak mengguguli pasaran Hollywood, kumpulan BTS semakin mencetuskan fenomena. Kumpulan yang dianggotai oleh 7 orang anak muda ini semakin mendapat tempat di hati peminat. 

Terbaru, vokalis utama kumpulan ini iaitu RM akan berkolaborasi bersama kumpulan duo dari British iaitu Honne.

Menurut Soompi, penulis lirik dan rapper terkenal yang berusia 24 tahun itu akan berkolaborasi dengan duo berkumpulan tersebut untuk single terbaru mereka.

Kolaborasi ini  diumumkan oleh Honne di laman Twitter mereka. Honne telah memuat naik gambar berserta lirik yang bertulis “HONNE X RM”, dengan kapsyen “27.03.19”. Kumpulan duo Honne dikenali dengan lagu seperti Warm On A Cold Night dan Someone That Loves You dan dianggotai oleh James Hatcher dan Andy Clutterback, 

 Status tersebut telah mendapat sebanyak 292,000 likes di laman Twitter sejak dimuat naik. Malah, laman twitter Honne tersebut dihujani dengan komen daripada kelab peminat BTS, Army yang teruja dengan gandingan penyanyi hebat itu.

RM atau nama sebenarnya Kim Nam Joon sebelum ini pernah berkolaborasi dan menghasilkan muzik solo. Penyanyi berbakat ini mengeluarkan single solonya sejak tahun 2015. 

Tahun lalu, RM mengeluarkan single terbaru Mono yang berjaya mengguguli carta Billbord 200 di tangga ke-5, pencapaian ini turut menjadikan RM sebagai artis solo Korea pertama yang berjaya mengguguli carta teratas Billboard.

Antara artis lain yang pernah berkolaborasi bersama RM adalah Wale, Warren G dan Fall Out Boys. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”