Categories: HiburanSelebriti

4,000 Peminat Banjiri Stadium Axiata Arena Demi Ong Seong Wu

Seramai 4000 peminat hadir pada upacara perjumpaan pertama bekas anggota Kumpulan Wanna One ini. Apa yang menariknya, perjumpaan kali ini bukan sahaja dihadiri oleh peminat-peminat beliau di Malaysia, tetapi peminat beliau yang berasal dari Amerika Syarikat, Australia dan Thailand jugahad. turut sama-sama memeriahkan Stadium Axiata Arena pada Ahad.

Ong Seong Wu yang kelihatan begitu kacak pada First Fan Meeting In Malaysia (Eternity) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil lalu memulakan acara dengan menunjukkan kebolehannya sebagai penari berbakat menerusi lagu Treasure, dendangan Bruno Mars. 

Acara pada malam tersebut turut dihangatkan dengan aktiviti menjawab soalan-soalan peminat menerusi tiga aplikasi sempena First Fan Meeting In Malaysia (Eternity) iaitu, OngTalk, OngStagram dan OngPlay. Malah, beliau juga sempat berkongsi cerita tentang fotonya yang dimuat naik dalam OngStagram. 

Peminat yang hadir semakin teruja apabila idol kpop kesayangan mereka ini ‘belanja’ sedikit koreografi yang pernah ditarikannya sewaku bersama anggota kumpulan Wanna One dulu. Bukan itu sahaja, beliau turut diminta untuk menyanyikan lagu Rasa Sayang. Wow!

Manakala, bagi acara penutup Ong Seong Wu sempat menyanyikan lagu Love This Moment sebagai penutup tirai persembahan.

Terdahulu, artis kpop ini juga sempat bertemu peminatnya di Bangkok sebelum mengadakan siri jelajahnya ke Malaysia. Tapi, buat peminat beliau yang berada di Singapura, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan Oppa kesayangan korang ni pada 6 April 2019 nanti!

Salma Syahbuddin