OMG! Karier HyunA Hancur Sebab Bercinta?

Umum tahu, mana-mana artis K Pop yang bernaung di bawah pengurusan Cube Entertainment tidak dibenarkan bercinta antara satu sama lain.

Seperti apa yang dialami oleh penyanyi E’Dawn dan HyunA yang dilaporkan disingkir dari agensi berkenaan.

Hubungan pasangan ini mula dihidu sejak 3 Ogos lalu di mana rupa-rupanya mereka telah menjalin hubungan sejak dua tahun lalu.

Tidak lama selepas agensi mendapat tahu hubungan mereka, segala peracancangan yang telah dibuat automatik dibatalkan.

HyunA yang memulakan karier sejak tahun 2007 berasa kecil hati dengan keputusan agensi berkenaan di mana Cube mahu menyingkirkannya tanpa perbincangan.

“Ahli jawatankuasa tinggi Cube mempunyai pandangan yang berbeza, tapi disebabkan sukar untuk menyelesaikan masalah dengan HyunA, keadaan itu seperti mereka telah menamatkan kontrak,” kata sumber dipercayai.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Cube Entertainment agensi tersebut menafikan perkara tersebut dan memberitahu mereka masih dalam perbincangan kontrak pasangan kekasih itu.

Semoga ada penyelesaian terbaik di antara mereka memandangkan ramai yang sayangkan HyunA dan E’Dawn!

SGMS Faida