“Kau Memang Melampau…” – Individu Persoal Tabung Sumbangan Nad Zainal, Dayang Areeda Luah Rasa Marah!

Pelakon Dayang Areeda meluahkan rasa marah apabila ada seorang individu yang mempersoalkan sumbangan Tabung Kecemasan Nad Zainal.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, individu tersebut mempertikaikan pendapatan rakan-rakan artis dan pengendalian wang sumbangan itu.

“Insurans takda? Mana hilang semua kawan ‘artis’ yang pengikut berjuta-juta pakai Vellfire, bag LV? Sorang sumbang 50k pun dah cukup dah kot. Kalau tidak, boleh pindah ke hospital kerajaan lagi murah.

“Dan siapa akan audit duit sumbangan tu? Kalau duit sumbangan itu dah terlebih dari kos rawatan, duit tu akan pergi mana?,” kata individu berkenaan.

Geram dengan kenyataan individu tersebut, Areeda meminta individu itu untuk berhenti daripada mencari publisiti murahan.

“Berhenti nak perhatian nak terkenal lah kau. Nama pun sumbangan. Nak sumbang nak bantu silakan taknak sudah. Tak ada orang paksakan!,” katanya.

“Kau ni memang melampau lah bodoh! Kalau kau rasa tak nak sumbang pergi mam lah kau. Tak payah sibuk nak buat content bodoh kau boleh tak! Annoying do kau ni,” ujarnya marah.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, individu tersebut merupakan kenalan kepada rakan-rakannya.

Maya Basir