“Kau Nak Tuduh Aku Pasal Apa?” – Erry Putra Tampil Beri Penjelasan Isu Ciplak Lagu Kelly Azman

Pelakon dan penyanyi, Erry Putra tampil beri penjelasan susulan dakwaan menciplak karya penyanyi dan pengacara Kelly Azman yang berjudul No No No.

Menerusi hantaran Erry di Instagram, dia tidak berpuas hati dengan tindakan Kelly yang melibatkan namanya dan meminta untuk berurusan dengan pemberi lagu tersebut.

“Tak habis lagi ke isu pasal lagu tu. Kecoh sana sini cerita aku rembat lagu tu.

“Masalahnya lagu tu aku record je. Kau nak tuduh aku tu pasal apa? Kau pergilah tanya orang yang bagi lagu tu bukannya kau sebut nama aku dekat public,” ujarnya.

Menurutnya, dia hairan mengapa isu berkenaan diutarakan selepas dia sudah membawakan lagu yang ditukar kepada Oh No Sayang itu di beberapa pertunjukan dan semakin dikenali.

“Dan kenapa sekarang baru kau nak kecoh tu lagu kau setelah sekian lama lagu tu tak ada orang tahu pun?

“Bila aku dah nyanyi dekat show sana sini, orang dah nyanyi, eh eh eh kau pulak alih-alih nak claim tu lagu kau semua.

“Aku dah tak peduli tu lagu kau ke janji aku nyanyi dekat show…,” ujarnya tergantung.

Terdahulu, Kelly luah rasa kecewa dimana dia mendakwa Erry menciplak lagunya selepas diterbit pada tujuh tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah Terbitkan 7 Tahun Lalu!” – Kelly Azman Luah Rasa Kecewa, Dakwa Erry Putra Ciplak Lagu Nyanyian & Ciptaannya

Kredit Foto Erry Putra: Scoop

Maya Basir