“Kau Sanggup Bermusuh Dengan Kami Demi Lelaki Bar*a Tu ” – Individu Wanita Dipercayai Keluarga, Label Bella Astillah Artis Paling Bod*h?

Susulan pendedahan aktres Bella Astillah terhadap perbuatan suaminya, Aliff Aziz yang dilaporkan pernah menjalinkan hubungan bersama adik perempuannya, Eriqa Astillah baru-baru ini, muncul pula individu wanita yang dipercayai ahli keluarga Bella tampil memberikan respons berkenaan kontroversi tersebut.

Dakwa individu yang dikenali sebagai @aira_rasyida, Bella sebenarnya telah mendapat kifarah terhadap perbuatannya.

Tidak habis disitu, Aira mendedahkan bahawa Aliff terlebih dahulu bertindak menggoda Eriqa  yang pada ketika itu masih mentah.

Malah, pada ketika itu juga, Eriqa berada dibawah jagaan Bella sebelum dilantik menjadi pembantu peribadi Aliff.

Percaya pada ketentuan Tuhan, Aira bagaimanapun reda dengan dugaan yang menimpa keluarganya.

Malah, berdasarkan pemerhatian XTRA, Aira kelihatan memuat naik foto terkini di Instagram Story miliknya bersama Eriqa ketika mereka makan bersama-sama.

Salma Syahbuddin