“Mak Rosak Ni Memang Dah Ada Dari Dulu, Bukan Benda Pelik Pun!” – Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini antara rakan artis yang dilihat sentias amemberikan sokongan moral yang kuat terhadap Bella Astillah semenjak kes khalwat membabitkan suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies tular.

Terbaharu, Rita menerusi hantaran di Instagram Storynya (IGS) berkata, tindakan ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil yang mempertahankan anaknya yang secara terang-terangan melakukan kesalahan bukanlah sesuatu perkara yang pelik.

Malah, Rita menyifatkan ‘mak rosak’ tersebut memang wujud sejak dari dahulu lagi.

“Mak ajar anak buat jahat… mak sokong anak buat jahat. Bukan benda pelik pun ampa.

” ‘Mak rosak’ ni memang dah ada sejak dulu kala,” katanya.

Terdahulu, aktres ini tampil memberikan sokongan moral kepada Bella Astillah menerusi kenyataan panjang yang ditulisnya di IGS, selain meminta ibu kepada dua cahaya mata itu supaya ‘jalan terus’ dan menikmati kehidupan bersama anak-anak.

Manakala, dalam hantaran berlainan, Rita turut menyifatkan bahawa Bella tidak layak untuk berada didalam keluarga toksik sekaligus beranggapan insiden yang berlaku membabitkan Aliff dan Ruhainies sebagai petunjuk dari Allah.

ARTIKEL BERKAITAN:“Orang Macam Tu Sampai Kiamat Takkan Mengaku Salah” – Rita Rudaini Mohon Bella Astillah ‘Jalan Terus’ … Keluar Dari Keluarga Toksik

Salma Syahbuddin