“Kau Siapa B*B*?!” – Eric Fuzi Berang Individu ‘Demand’ Bayaran Lima Angka

Anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi telah meluahkan rasa berang terhadap seorang individu menerusi ‘Instagram Story’.

Difahamkan, punca Eric memuat naik luahan hatinya itu di media sosial adalah kerana terdapat seorang individu yang meminta bayaran sebanyak lima angka untuk berlakon dalam sebuah muzik video.

“Kau berlakon pun menumpang cerita yang viral. Tapi nama kau pun tak hype mana. Tapi kau punya mintak payment tu untuk satu music video mintak sampai 5 angka? Kau siapa b*b*?

“Tak lama lah kau. Masa dorang sebut nama kau pun aku tak kenal sangat. Tapi kita bagi peluang dekat artis-artis baru ni untuk terus berkembang. Tapi sorry lah kau punya feeling-feeling tu membantutkan karier kau

“Nak letak payment tu biarlah yang berpatutan. Cuba kaji average kos produksi dan rate artis yang relevan sikit,” Luah Eric.

Namun Eric bertindak untuk tidak mendedahkan identiti individu tersebut dan tidak memberikan kenyataan lanjut berkenaan dengan isu ini

Izzi Farhana