Kecewa Belum Dapat Bayaran ‘Shooting’, Reza Hasbi Minta Maaf Dengan Anak-Anak

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Begitulah nasib malang dilalui pelakon Reza Hasbi yang meluahkan isi hati apabila bayaran untuk berlakon belum dilunaskan pihak produksi.

Di ruangan Instastory miliknya, pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini menulis permohonan maaf kepada dua anaknya kerana tidak mampu membelikan apa-apa untuk hari raya ini.

“Rifqi Danial, Rafi Daiyan, Abbi minta maaf. Raya tahun ini Abbi tak mampu beli apa-apa untuk korang.

“Kawan-kawan Abbi sakan ‘bershooting’, Abbi dua bulan lebih termenung. Dah tu, bayaran ‘shooting’ lima bulan lepas pun ada produksi yang tak mampu nak lunaskan duit Abby,” tulisnya.

Reza juga berkata sudah tidak tahu nak meminta bagaimana lagi dan meminta isteri serta anak-anak untuk bersabar.

Dia turut minta sikit saja masa lagi daripada keluarganya.

“Sampai masa, Abbi akan undur diri untuk kerjaya ini,” tulisnya lagi.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida