Categories: Trending

Pekerja Mood Republik Mengamuk Tak Dibayar Gaji?

Sepanjang akhir Ramadan ini, berlumba-lumba penganjur mengadakan festival shopping raya. Memang meriah betul!

Namun apa yang menarik perhatian netizen kali ini bukanlah harga ‘runtuh’ tetapi isu bayaran gaji yang tak diterima oleh part timer di salah sebuah festival Raya, baru-baru ini.

“ Mood Republik B***! Bayar gaji lah! Buang staff suka hati waktu tengah bekerja. Janji nak bayar tapi tak bayar. Of course kau kena bayar sebab kau yang buang suka hati pak hang! Bila minta gaji kau removed aku? Ehey geram hilang sabar aku,” tulis pengguna akan twitter @kyyrrose yang merupakan salah seorang pekerja sambilan di Mood Republik.

Bukan gadis ini sahaja mengalami nasib sama, malah seorang pekerja sambilan yang bertugas di MR Kota Bharu, baru- baru  ini nekad membuat aduan Polis.

Dalam masa sama, wanita itu juga mengeluh sehingga pagi ini bayaran gaji bagi pekerja di MR Kuala Lumpur dan Kelantan masih gagal dilunaskan oleh pihak penganjur.

Rata-rata warganet simpati dengan nasib pekerja sambilan yang bertungkus-lumus menjayakan event. Ya lah, 72 jam berdiri, siapa yang tak marah kan? Kami harap pihak pengurusan MR lakukan sesuatu dalam menangani isu ini. Raya dah dekat!

SGMS Faida