Categories: Gaya Hidup

Merasa makanan ketika berpuasa, boleh atau tidak?

Bekerja sebagai tukang masak dan perlu menjamu ribuan pelanggan yang datang untuk berbuka puasa bersama expectation yang tinggi, apalagi membayar Bufet Ramadan dengan harga ratusan ringgit, tentunya tugas seorang cef dalam memuaskan hati pelanggan cukup mencabar di bulan Ramadan ini.

Mahu tidak mahu, mereka perlu merasa makanan sebelum ianya sedia dihidangkan kepada pelanggan. Justeru itu, apakah hukumnya jika terpaksa merasa makanan demi tugas?

Kalau bukan kerana tugas sekalipun, mungkin keadaan ini (merasa makanan) perlu bagi segelintir individu yang kurang mahir memasak atau tidak biasa berada di dapur.

Nak tahu sama ada batal ataupun tidak merasakan makanan sebelum waktu berbuka, teruskan membaca penjelasan dibawah ini agar ibadah puasa yang dijalani anda tidak sia-sia.

Apakah hukum merasa makanan?

Jawapan

Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih. Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur. Ibn Abbas R. Anhuma berkata:

لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ

“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”

Ini hendaklah dalam kuantiti yang sedikit. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batal lah puasanya.

 

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Yanie Baharom

Recent Posts