Kecewa Kenalan Rapat Talam Dua Muka, Shiha Zikir Syukur Kecilkan Circle Kawan – “Depan Manis, Belakang Mengumpat Macam-Macam”

Penyanyi, Shiha Zikir meluahkan rasa kesal apabila mendapat tahu ada dalam kalangan kenalan rapat telah mengumpatnya dalam diam.

Lebih menyedihkan, pelantun lagu Irama ini menyifatkan individu berkenaan bersikap baik dan manis kepadanya, namun ternyata bermuka-muka.

“Tak tau nak rasa apa bila dapat berita dari someone yang orang yang rapat dan kadang terlibat dengan kerja-kerja dengan kita rupanya mengumpat macam-macam pasal kita kat belakang.

“Yang paling tak best, depan manis betul. Sedih ada.. Syukur pun ada sekurang-kurangnya apa yang di agak selama ni betul lah..,” tulisnya di status Instagram Story (IGs).

Sementara itu, Shiha berkata pemilihannya untuk mengecilkan circle kawan daripada mempunyai rakan talam dua muka.

“Kadang kita close sebab dah anggap family.. Tapi kalau dah belakang complain itu ini,so betullah pilihan Shiha dari dulu which is “small circle” tu lagi penting dari big circle tapi talam dua muka.

“Diri sendiri pun banyak tak betul. So jangan totally rasa diri dah sempurna. Harap tak kena kifarah.
Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Shiha berkata gerangan individu tersebut biarlah rahsia dan hanya dirinya serta ahli keluarga sahaja yang mengetahuinya.

Artikel Berkaitan: “Saya Syukur Dapat Hirup Udara Lebih” – Wajah Dulu & Kini Dibandingkan, Shiha Zikir Tepis Dakwaan Buat Hidung

Artikel Berkaitan: “Tergamak Mereka Hina Saya” – Dihentam Teruk Dengan Rakan Industri, Shiha Zikir Pernah Hampir Nak B*n*h Diri

Aqilah Paharuzi