Sering Dilemparkan Kritikan Negatif, Zizie Izette Akui Tak Mudah Terkesan – “Saya Block Saja”

Pelakon Datin Seri Zizie Izette mengakui tidak mudah terkesan apabila acap kali dilemparkan kritikan negatif.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zizie berkata dia yakin bahawa individu yang tidak sopan tidak layak untuk berada dalam kalangan pengikutnya.

“Saya akan memastikan individu yang tidak sopan tidak mempunyai tempat dalam profil saya dengan menyekat mereka dengan segera,” tulisnya.

Isteri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu berkata demikian bagi menjawab persoalan netizen yang bertanya bagaimanakah dia memberi respons kepada komen negatif.

Dalam masa sama, Zizie turut berkongsi satu quote panjang yang seakan menjawab pertanyaan tersebut.

Quote itu menjelaskan bahawa dia tidak mudah terkesan dengan kritikan negatif itu kerana hanya memberi tumpuan kepada perkara positif sahaja.

Sebelum ini, Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu melepas dan membebaskan Zizie dan Bung Moktar daripada tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta, lapan tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Bebas Kes Rasuah, Bung Moktar & Zizie Izette Menangis, Berpelukan

Artikel Berkaitan: Netizen Puji Penampilan Sopan Zizie Izette Ketika Tunai Umrah, Ada Pula Yang Kritik – “Pergi Umrah Ke Nak Bergaya?”

Aqilah Paharuzi