Keena Mentor Akui Penyanyi Hantar Santau?

Keena yang juga merupakan protege penyanyi Awie bagi program Mentor musim ketiga ini mengakui telah disantau atau disihir oleh tiga individu yang berbeza. Namun, beliau sama sekali tidak mengenali siapakah tiga individu yang dimaksudkannya itu. 

Insiden ini telah dikongsi oleh Keena sendiri apabila beliau telah memuat naik gambar yang menunjukkan sebahagian anggota badannya terdapat kesan lebam seolah-olah digigit oleh sesuatu.

Menurut Keena, kesan lebam itu mula timbul sebaik sahaja beliau mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan islam. Malah, sebelum ini, beliau juga turut memberitahu pernah mengalami sakit -sakit lain seperti, kepedihan mata, badan berasa panas, dan turut kehilangan suara.

Keena memberitahu, kesan lebam yang kelihatan dibadannya itu adalah kesan santau angin yang dihantar oleh individu yang tidak dikenalinya. Dan, apa yang lagi memeranjatkan individu tersebut merupakan seorang penyanyi.

” U penyanyi, I penyanyi. Masa berubat tersebut pulak nama u. Semalam wajah u termasuk dalam mimpi i. Jangan la dengki-dengki. Nanti susah rezeki nak masuk. Nak cantik usaha lebih. Janganlah hantar cara ni.” Jelasnya

 

Salma Syahbuddin