Ini Pesanan Buat Semua Peminat Fattzura

Sebut sahaja FattZura, pasti ramai yang sudah mengenali pasangan merpati dua sejoli ini. Fattah Amin dan Fazura sah menjadi pasangan suami isteri pada hujung tahun lepas.

Fazura yang kini sedang bercuti di Bali bersama suaminya itu turut berkongsi kiriman video di laman instagram beliau baru-baru ini sempena ulang tahun pertama perkenalan mereka.  

Dalam video tersebut, Fazura berkata “a year of knowing each other, and now we married!“, dengan nada teruja. Kedua-dua selebriti ini bergandingan dalam sebuah drama dimana kedua-duanya bertemu dan mula bercinta ketika sedang menjalani penggambaran bersam-sama.

Faz sempat berpesan, kepada sesiapa yang belum berkahwin, jangan risau kerana jodoh maut di tangan tuhan, doa yang baik-baik.

Malah, rezeki pasangan ini semakin bertambah selepas berkahwin dan semoga hubungan yang dibina, kekal hingga ke syurga!

Ditulis oleh : Nur Nasuha

Ad Ops