Netizen Tak Beradab! Nazim Othman Kecewa

Kontroversi mula tercetus apabila, Nazim Othman mula memuat naik gambar beliau bersama isteri ketika percutian mereka ke Korea Selatan dilaman instagram miliknya beberapa hari lalu. Bagaimanapun, netizen dilihat tidak begitu menyenangi tindakan beliau sehingga meninggalkan komen sinis diruangan komen miliknya.

Walaupun dilempar dengan kata-kata kesat, namun Nazim dilihat masih tenang membalas komen tersebut. 

Selepas gambar tersebut dikecam netizen, Nazim Othman sekali lagi dilihat memuat naik gambar beliau dengan caption yang lebih deep apabila menyifatkan netizen yang mengutuk dan melemparkan kata-kata kesat terhadap beliau dan isteri dianggap tidak bahagia dengan hidup mereka.

Dan selepas sahaja memuat naik gambar beserta caption tersebut, Nazim dilihat sekali lagi memuat naik gambarnya dan caption berbentuk luahan rasa beliau terhadap tindakan netizen.

“Adakalanya remaja dengan tanpa berfikir panjang, ber “aku” “engkau” dengan kita yang lebih berusia. Tu belum dikira kata-kata kesat yang dihambur sesuka hati. Kalau remaja yang berkelakuan sebegitu masih boleh difahami jiwa muda yang mungkin memberontak. Tapi apabila golongan dewasa juga turut serta menunjukkan kepincangan adab dan menabur fitnah di ruang media sosial, itu hakikat yang lebih mengharukan.” Jelasnya

Bagi Nazim apa yang lebih menyedihkan adalah adab dan penaburan fitnah khasnya dikalangan masyarakat Melayu semakin berleluasa dan perkara ini seharusnya dibendung segera.

Salma Syahbuddin