Kejutan Ulang Tahun Buat Isteri, Nick Jonas Masih Berahsia!

Perkahwinan pasangan suami isteri berpengaruh dunia, Nick Jonas dan Priyanka Chopra bakal menginjak ke usia setahun tidak lama lagi.

Sudah tentu masih ramai yang ingat dengan tarikh 2 dan 3 Disember tahun lalu, pasangan ini diraikan dalam beberapa resepsi yang menyatukan dua budaya bertempat di India dan Amerika Syarikat.

Dedah Nick ketika ditemui di sesi promosi filem ‘Midway’ memaklumkan kepada Metro News, dia merancang sesuatu istimewa buat isteri tercinta.

Namun begitu, Nick tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai kejutan itu. Nama pun kejutan kan? Nanti tak terkejut lah pula!

Sementara itu, Nick mendedahkan dia seakan tidak percaya sudah setahun menggalas tanggungjawab sebagai suami.

“Setahun yang indah. Saya juga tidak sabar menghabiskan masa bersama Priyanka untuk tahun seterusnya,” katanya.

Alahai, sweet betul pasangan ini kan? Sejak mereka berkahwin, ramai yang berangan dapatkan suami sekacak dan romantik Nick. Betul tak?

SGMS Faida