Kekasih Cita Citata Usahawan Kaya Indonesia?

Penyanyi dangdut Cita Citata mengaku sudah memiliki kekasih baharu.

Memetik artikel Tribun Seleb, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini itu memberitahu kekasihnya itu bukan dikalangan selebriti.

“ Dia ahli perniagaan biasa, bukan artis,” jawabnya wanita berdarah keturunan Sunda ini.

Tambah Cita Citata, hubungannya bersama jejaka itu berjalan baik memandangkan mereka berdua mempunyai jadual kerja fleksibel.

“ Memandangkan dia memiliki perniagaan sendiri jadi waktu untuk berjumpa mudah disesuaikan. Kebiasaanya sabtu dan ahad kami berdua bekerja tetapi pada hari biasa, kami boleh berjumpa,” katanya.

Namun begitu, penyanyi berusia 24 tahun ini enggan berkongsi lebih lanjut mengenai latar belakang teman istimewanya itu.

Cita Citata atau nama sebenarnya Cita Rahayu pernah berkahwin dan beberapa kali putus cinta termasuklah dengan pemuda berasal Iran bernama Ardavan Farzi.

SGMS Faida