Fify Azmi Terkejut Dituduh Punca Rashidi-Vanidah Bercerai

Susulan berita penceraian pelakon Rashidi Ishak dengan Vanidah Imran baru-baru ini, finalis Dewi Remaja 2014/2015 terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai punca keruntuhan rumah tangga pasangan selebriti itu.

Menurut wanita berusia 29 tahun itu, dia menegaskan dirinya tiada kena mengena dalam krisis perkahwinan bekas majikannya itu.

“ Saya terkejut selepas nama saya dikaitkan sebagai punca mereka bercerai. Sudah tentu saya sedih bila dapat tahu tentang hal ini,” katanya.

Fify menegaskan dia sudah miliki kekasih bernama Haidar Hasanudin.

” Dia sudah seperti abang sendiri dan kekasih saya juga baik dengannya sampai sekarang.

” Saya harap orang tidak salah faham dan doakan yang terbaik untuk Abang Rashidi dan Kak Vanidah,” katanya. 

Gosip bermula selepas aksi romantik Fify bersama Rashidi menjadi model untuk sebuah produk minyak wangi baru-baru ini sekaligus menjadi bualan hangat netizen.

” Ketika saya dan abang Shidi menjalani penggambaran klip video produk berkenaan, mereka sudah bercerai,” katanya.

Rabu lalu, Rashidi mengumumkan dia sudah bercerai sejak 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun usia perkahwinannya dengan pelakon Vanidah Imran.

Baca berita berkaitan: https://www.xtra.com.my/ms/category/featured/posts/saya-bukan-imam-yang-baik-rashidi-ishak-umum-sudah-bercerai

SGMS Faida