Categories: Oh Lawa

Empat jenis sikat untuk rambut berbeza. Nombor 4 paling berguna!

Rambut mahkota wanita. Meskipun dilindungi dengan memakai hijab atau tudung, rambut tetap harus dijaga dengan baik.

Penjagaan rambut juga akan memberikan kesan yang baik kepada diri anda, misalnya masalah kulit kepala dan rambut berbau hapak dapat dielakkan.

Dalam hal ini, penggunaan sikat yang sesuai mempengaruhi kecantikan rambut anda. Masalah keguguran rambut juga akan berkurangan dengan pemilihan sikat yang betul.

Berikut jenis sikat yang perlu anda titik beratkan jika mahukan rambut sihat dan menawan.

1. Sikat pengurai

Ia direka khusus bagi menguraikan rambut ketika mandi. Ia juga sesuai bagi wanita yang mempunyai rambut jenis kusut dan sukar diurus.
Jangan risau! Sikat ini tidak akan menarik dan menyakitkan kepala anda. Pemegangnya juga direka khusus supaya tidak terlepas daripada tangan anda ketika di bilik mandi.

Foto: Seventeen Magazine

2. Sikat kusyen

Jika rambut anda jenis kerinting, sikat kusyen sesuai untuk anda. Pin nilon yang sangat rapat di setiap hujungnya berfungsi menjadikan rambut anda kelihatan lebih lembut dan bersinar.
Selain itu, jika anda ingin menggunakan pengering rambut, cuba sikat ini untuk menggayakan rambut anda.

Foto: Seventeen Magazine

3. Sikat bulu nilon

Sesuai untuk anda yang memiliki rambut tebal. Mungkin tidak semua wanita memiliki rambut sebegini dan agak sukar untuk dijaga, namun dengan menggunakan sikat bulu nilon ini, anda boleh menguraikan rambut dengan mudah.

Foto: Seventeen Magazine

4. Sikat bergigi besar

Setelah mencuci rambut, anda perlu mengelakkan daripada menggunakan sikat yang boleh merosakkan rambut. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan sikat yang mempunyai ‘gigi’ jarang dan bersaiz besar.
Bagi individu yang mempunyai rambut jenis kembang, sikat ini amat bersesuaian untuk anda.
Sikat juga memainkan peranan penting dalam penjagaan rambut. Apabila rambut sihat dan terjaga, anda pasti berasa lebih yakin!

Foto: Seventeen Magazine

Sumber: Seventeen

tex_admin