Kekuatan Vokal Amylea Dan Megat Seperti Melly Goeslaw Dan Ari Lasso Versi Malaysia

Penyanyi berbakat besar, Amylea Azizan tampil dengan lagu baru beliau iaitu Tetap Kamu, yang merupakan lagu tema dalam drama bersiri Nur 2.

Tampil dengan pasangan duet baru menerusi Tetap Kamu, Amylea percaya dengan bakat dan versatiliti yang ada pada Megat dari program realiti Mentor 7.

“Terdapat beberapa pilihan penyanyi lain sebelum saya akhirnya bersetuju untuk berduet bersama Megat, tetapi saya sangat tertarik dengan kekuatan vokal Megat. Pada saya, vokal Megat dan saya adalah berbeza jadi di situ ada kelainan” kata Amelia yang ditemui di majlis sidang media pelancaran drama Nur 2. 

Ditanya mengenai kehilangan Kaer dalam single terbarunya,”Kaer tidak dapat untuk bergandingan bersama saya kali ini atas urusan tertentu tetapi saya percaya dengan kekuatan vokal dan bakat sedia ada Megat”.

Amylea turut memberi kredit kepada pencipta Tetap Kamu, Farouk Roman.”Saya hanya menulis lirik, melodi dan ciptaanya daripafa Farouk. Kami telah bekerjasama sebelum ini, jadi saya sangat percaya dengan kekuatan lagu ciptaan Farouk”.

Drama Nur 2 turut menampilkan single pertama Megat dari Mentor 7. “Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan Amylea dan juga teruja dengan single pertama saya “Cintaku” yang ditampilkan dalam drama ini” kata penyanyi kelahiran Sabah ini. 

Drama bersiri Nur 2 kembali menemui penonton pada 2 April ini pada jam 10 malam dan juga boleh ditonton smenerusi https://www.tonton.com.my/ dan Iflix. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”