Categories: Trending

Barbie Malaysia sekali lagi tular, kini berimej patung kek pula!

Wanita ini menarik perhatian netizen apabila foto yang dimuat naiknya di Instagram termasuk Facebook, baru-baru ini tular kerana disangkakan kek patung!

Wanita dalam persalinan ball gown skirt  rona emerald green rekaan Jolie Tuen itu bukan sahaja mengagumkan ramai kerana gaun yang dipakainya sangat cantik, malah raut wajah persis patung Barbie dan kulit putih gebu, ditambah pula dengan gaya aksi bersahaja, dia terlihat seperti kek patung! 

Foto: Instagram Izubiela Zaff Marekan

Bukan sekadar meninggalkan komen “ingatkan patong kek,” pelakon dan pengacara Zoey Rahman juga melakukan inisiatif untuk menyunting gambar wanita itu di atas kek perkahwinan berwarna putih, ekoran terlalu kagum dengan kecantikan wanita dikenali sebagai Izubiela Zaff Marekan itu.

Foto berkenaan kemudiannya dimuat naik menerusi ruangan entri Instagram milik @izubielazaffmarekan.

Foto: Instagram Izubiela Zaff Marekan

Foto: Instagram Izubiela Zaff Marekan

Foto: Instagram Izubiela Zaff Marekan

Selain disangkakan kek patung, wanita yang juga pengasas produk Puteh Gebu DBella ini turut dihujani pelbagai komen mencuit hati! 

Izubiela sebelum ini pernah tular dengan kisah Barbie – Susuk 1 Juta yang diterbitkan akhbar Metro Ahad tahun lalu dan Barbie Masuk Pasar. 

Penularan kisahnya itu turut memberikan Bella idea untuk menghasilkan produk penjagaan wajah iaitu Susuk 1 Juta Skincare dan
Izubiela 5th Whitening Booster.

Yanie Baharom