Categories: FeaturedOh Lawa

Kolaborasi eksklusif Jovian & OhMostWanted buat wanita rambang mata!

Figura terkenal dalam industri fesyen tanah air, Datuk Jovian Mandagie melebarkan sayap perniagaannya dalam bidang kecantikan apabila berkolaborasi dengan jenama kosmetik popular, OhMostWanted.

Kolaborasi julung kali itu menampilkan edisi istimewa hijab dan krim bibir menerusi koleksi kapsul eksklusif, ‘Jovian x OhMostWanted’.

Foto: NSTP/Jim

Menurut pemilik OhMostWanted yang juga aktres jelita Nora Danish, dia gembira dengan kolaborasi itu dan berharap wanita di luar sana akan jatuh cinta dengan koleksi tersebut sepertinya.

“Fesyen dan barangan kosmetik saling memerlukan dan sama penting dalam gaya hidup wanita. Apabila Datuk Jovian melahirkan hasratnya untuk berkolaborasi dengan OhMostWanted, kami sangat berbesar hati dan bangga dengan kerjasama ini apatah lagi Jovian ialah satu nama besar dalam industri fesyen negara,” tutur Nora ketika ditemui pada majlis sidang media yang diadakan di Jovian Store baru-baru ini.  

Foto: NSTP/ Jim

Sementara itu, Datuk Jovian turut melahirkan rasa teruja apabila impiannya untuk memiliki rangkaian produk kosmetik di bawah jenamanya kini terlaksana hasil kolaborasinya dengan jenama OhMostWanted.

“Saya sudah lama menanam impian untuk mencuba sesuatu di luar bidang fesyen. Saya teringin memiliki produk kosmetik sendiri, namun kerana kekangan masa, agak sukar untuk mencari sumber kosmetik yang berkualiti.

Foto: NSTP/Jim

Disebabkan itu, saya mula terfikir kenapa tidak saya berkolaborasi dengan jenama yang sudah ada di pasaran dan dari situlah, tercetus idea untuk berkolaborasi dengan jenama yang sedang meningkat naik, OhMostWanted,” katanya.

 

‘Jovian x OhMostWanted’ ialah koleksi eksklusif di mana hanya 1500 helai tudung sahaja dikeluarkan. Koleksi terhad itu didatangkan dalam tiga kombo krim bibir dan hijab iaitu Dreamlover (poppy pink lip cream + bubble gum pink & periwinkle blue hijab), Love Bug (rosy mauve lip cream + dusty pink & wisteria purple hijab) dan Sweet Caramel (brown caramel toffee + dusty orange hijab).

Foto: NSTP/Jim

Bagi anda yang ingin memiliki koleksi istimewa ‘Jovian x OhMostWanted,’ anda boleh kunjungi cawangan butik Jovian di Shah Alam, Bangsar dan Bangi. Selain itu, koleksi terhad ini juga boleh didapati menerusi laman sesawang www.ohmostwanted.com, www.jovian.com.my/shop dan www.zalora.com.my.

Ad Ops