Categories: familuv

Ketahui makanan yang menyumbang kepada ADHD dalam kalangan bayi semasa mengandung

Wanita hamil disarankan untuk mengambil makanan yang dapat memberikan khasiat yang cukup kepada bayi yang dikandung.

Ini kerana, ibu yang sedang hamil bertanggungjawab membekalkan nutrien yang diperlukan kepada bayi melalui tali pusat.

Meskipun wanita digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan omega-3 dan asid lemak dalam omega-6 seperti kekacang dan kacang soya, kajian menunjukkan ia dapat meningkatkan risiko kanak-kanak mendapat Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD), menjadi tidak fokus atau lalai dan hiperaktif.

Menurut kajian yang dijalankan, kanak-kanak yang mempunyai gangguan ADHD mempunyai kadar nisbah omega-3 dan omega 6 yang tinggi di dalam sistem badan mereka.

Omega-3 dan omega 6 dikenali sebagai makanan yang mangandungi asid lemak tidak tepu.

Disebabkan badan manusia tidak mempunyai enzim yang diperlukan untuk menghasilkannya, maka makanan seperti salmon, kacang ‘walnut,’ gajus, kacang soya dan telur dapat membantu membekalkan nutrien ini.

Foto: Mashed

Namun begitu, pakar perubatan masih tidak mengetahui punca perkara ini terjadi.

Berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan oleh sekumpulan pakar dan diterbitkan dalam Jurnal Kanak-kanak, seramai 600 kanak-kanak telah diuji.

Mereka mendapati bahawa kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menunjukkan simptom ADHD juga mempunyai kadar nisbah omega-3 dan omega-6 yang tinggi dalam sampel tali pusat mereka.

Namun begitu, bagi kanak-kanak berusia empat tahun, tiada perkaitan antara kadar nisbah omega dengan tali pusat mereka.

Dalam hal ini, pemakanan yang seimbang oleh ibu mengandung sebenarnya dapat menurunkan risiko apa saja  penyakit sekalipun termasuklah ADHD.

Meskipun kajian dilakukan mengenai perkaitan antara omega-3 dan omega-6 dengan gangguan ADHD, tetapi anda sebenarnya disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang semasa sedang hamil untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Foto: Medical News Today

Sumber: Mail Online

tex_admin