‘Suara Dia Romantik Jadi…’- Komposer Terkenal Cipta Lagu Untuk Harris Alif

Juara Idola Kecil musim ketiga, Harris Alif kini tampil dengan single terbaharu berjudul Pencinta. Lagu berkonsep pop ‘moderate’ ciptaan komposer terkenal, Ajai ini menampilkan sisi berbeza penyanyi berusia 20 tahun ini.

Harris yang pernah merakam dua buah single sebelum ini berasa cukup bertuah apabila single sulung bagi tahun 2019 ini mendapat sentuhan Ajai.

Menurut Ajai, Harris bertuah kerana dikurniakan suara yang mampu mencairkan hati wanita apabila mendengarnya.

” Nada suara Harris ini romantik. Jadi saya cuba hasilkan sebuah lagu yang boleh mencairkan jiwa terutama kaum wanita yang mendengarnya.

” Harris beruntung kerana bermula di usia muda dan mempunyai potensi yang cerah,” kata Ajai selaku penerbit single.

Majlis pelancaran single Pencinta turut mendapat perhatian daripada pihak Hotel Dorsett Kuala Lumpur yang sudi menaja acara pada petang ini.

Single ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Sony Music Malaysia selaku pengedar.

Lirik klip video kini sudah berada di laman Youtube manakala nada dering lagu ini juga boleh dibeli secara digital. Jom layan lagu Pencinta daripada Harris Alif sekarang. 

Oh, jangan lupa saksikan Harris di program @popexpress2019 di Youtube TV3 Malaysia Official ok! 

SGMS Faida