Keluar Pagi & Balik Lewat Malam, Remy Ishak Bimbang Anak Membesar Tak Kenal Bapa? – “Takut Dia Panggil Kita Uncle Pulak”

Pelakon Remy Ishak memberitahu tidak dapat meluangkan masa bersama anak sulungnya iaitu Tuah Alam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, kesibukan kerja membuatkan Remy terpaksa keluar pagi dan pulang malam.

Malah, dia turut menyatakan rasa bimbang sekiranya Tuah membesar tanpa mengenali dirinya sebagai seorang ayah.

“Keluar rumah awal pagi, dia tidur. Balik rumah tengah malam, dia tidur.

“Takut nanti bila Tuah dah besar dia tak kenal Ayahanda, nanti dia panggil kita ‘uncle’ pulak,” ujarnya berseloroh.

Di dalam video tersebut juga, pelakon filem Pulang ini berkali-kali cuba untuk mengejutkan anaknya yang sedang tidur.

Untuk rekod, Remy mendirikan rumah tangga bersama Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun berkenalan.

Pada 27 Julai lalu, Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 11.17 pagi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Maya Basir