Categories: HiburanSelebriti

Beri Bayangan Seakan Tunggu Giliran Jadi Suami Isteri, Azira Shafinaz Serah Soal Kahwin Pada Jodoh

Penyanyi Azira Shafinaz tidak lagi berahsia tentang hubungannya dengan jejaka yang dikenali sebagai Yasser Khan.

Memetik laporan Berita Harian, dia akui kurang selesa untuk mendedahkan kisah percintaannya menjadi tatapan khalayak dalam media sosial namun dia tidak mengelak.

“Saya tidak selesa berkongsi wajah kekasih dalam media sosial kerana tak mahu sering ditanya bila mahu berkahwin.

“Bukan hendak berahsia, tetapi jika orang tahu, tahulah. Sekiranya ada yang terserempak saya bersama kekasih, saya tidak akan sorok,” katanya.

Disoal sama ada dia bakal berkahwin tidak lama lagi, Azira hanya memohon doa yang baik-baik.

“Saya tiada komen mengenai soal ini (berkahwin). Cuma, saya mohon doakan baik-baik untuk saya dan si dia.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh, Allah percepatkan,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, ucapan romantis Yasser semasa ulang tahun ke-32 dikongsi Azira menerusi Instagram Story miliknya yang seakan memberi bayangan menanti giliran untuk disatukan sebagai suami isteri.

“Tidak lama lagi mungkin giliran kita (berkahwin), insya-Allah,” tulisnya.

Tahun lalu, Azira mendedahkan hatinya sudah dimiliki lelaki bukan dalam kalangan industri seni kerana tertarik dengan kejujuran Yasser sehingga keluarga cukup menyenangi sikapnya.

Maya Basir