Categories: HiburanSelebriti

Shila Amzah Nyanyi Lagu Hits ‘Dawai’, Netizen Doa Agar Terus Kuat… Ada Pula Yang Anggap Dah Berubah?

Penyanyi Shila Amzah mencuri tumpuan netizen apabila menyanyikan lagu OST filem Air Mata Diujung Sajadah iaitu Dawai oleh Fadhilah Intan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, lagu tersebut adalah permintaan daripada suaminya, Ubai MZ untuk dinyanyikan.

“Requested by my husband, Ubai MZ #Dawai #AirMataDiujungSajadah,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Shila kuat menghadapi ujian kemelut keluarga susulan isu jual rumah.

Malah, ibunya juga ada mengeluarkan kenyataan tidak lagi mengenali dirinya.

“Kami semua ada dibelakangmu.

“Feeling nya terasa sampai kesini. Stay strong Shaa.

“Kakak kuatkan semangat tau.. kami support Kak Sha selalu,” komen netizen.

Selain itu, ada yang mempertahankan sikap pelantun lagu Memori Tercipta ini berubah adalah kerana untuk mempertahankan dirinya.

“Bukan Sha yang mula dulu. Sha tak pernah berniat nak aibkan family terutama ibu dia sendiri.

“Sha cuma terpaksa defend diri dia dengan cerita hal sebenar lepas adik-adiknya memfitnah dia secara public. Sha langsung tak bersalah dalam hal ini,” kata seorang individu.

Nantikan kemunculan Shila bergandingan dengan adiknya, Syahir Amzah pada 15 Oktober ini, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. Gunakan hashtag #FamiliDuo2023 #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Lima pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 selain Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik) adalah Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu).

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Musim terbaharu yang lebih menyengat ini diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

Maya Basir