Keluar Sangkar, Zul Ariffin Jadi Petani?

 

Belum pun “Sangkar” masuk pawagam, pelakon sado , Zul Ariffin khabarnya bakal menceburi bidang baru. Kalau tahun lepas beliau sibuk dengan latihan Mix Martial Arts, kali ini dengarnya beliau sibuk nak buka ladang pula.

Apa cerita ni?

PENTINGKAN KESIHATAN

Sememangnya semua tahu Zul Ariffin amat mementingkan penjagaan kesihatannya. Menceburi bidang seni memertahankan diri adalah salah satu daripadanya.

“Saya amat mementingkan penjagaan pemakanan. Baru-baru ini seorang teman kenalkan saya dengan satu jenis tanaman yang banyak khasiat. Cuma di Malaysia ni tak berapa komersial. Tengoklah nanti macam mana,” Kata Zul ketika ditemui di lokasi pengambaran drama Akasia terbarunya.

Beliau yang seolah masih berahsia enggan mengulas lanjut mengenainya. 

Filem terbaru Zul Ariffin, SANGKAR bakal menemui peminat di pawagam bermula 29 Ogos 2019. Filem terbitan empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold sendiri, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment juga turut mengandingkan Zul Ariffin bersama Mira Filzah dan Remy Ishak.

SGMS Putri