Kembali Aktif Berlakon Pada 2024… Fazura Luah Rasa Syukur, Perniagaan Tetap Jadi Fokus Utama

Aktres Nur Fazura atau Fazura meluahkan rasa bersyukur kerana berpeluang untuk kembali aktif berlakon pada tahun 2024 ini.

Namun, perkara itu tidak menjadi penghalang untuknya terus fokus dalam memajukan perniagaannya.

Menurut Fazura, meskipun jadualnya padat dengan sesi penggambaran drama, dia bersyukur kerana mempunyai suami, Fattah Amin dan pasukan yang sangat membantu perniagaannya.

“Alhamdulillah, untuk perniagaan saya, saya ada Fattah yang sering bantu saya. Saya ada pasukan yang sangat bagus. Tapi macam mana pun itu syarikat saya, bila waktu rehat saya akan buat kerja melalui telefon.

“Jadi saya boleh pantau dan dapatkan update dari pasukan saya dan rakan niaga. So, memang saya takda masalah di situ dan saya hanya perlu jadi multi-tasking. Alhamdulillah, semua dipermudahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura turut menyatakan setakat ini dia tidak mempunyai perancangan untuk berehat meskipun sudah kembali aktif berlakon.

Malah, pelakon itu turut menegaskan dirinya akan tetap bekerja dan fokus dengan perniagaannya biarpun suatu hari nanti mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.

“Tahun lepas saya shoot untuk filem Awang. Sekarang drama Lelaki Itu untuk Samarinda nanti dan saya akan ada projek akan datang juga nanti bulan Ramadan. Insya-Allah, Fattah pun akan ada filem terbaharu di Indonesia.

“Saya tak berehat. Sekarang ni memang on-going je. Saya memang sibuk. Kalau tak berlakon, saya akan sibuk fokus pada perniagaan. Kalau ada rezeki hamil pun saya akan tetap bekerja sampai bersalin,” jelasnya.

Fatin Nurain