Isu Artis Bertelagah Sesama Sendiri, Ahmad Idham Beri Teguran – “Sedarlah Wahai Rakan Selebriti…”

Pengarah terkenal Dr Ahmad Idham tampil memberikan teguran kepada penggiat seni agar tidak perlu menggunakan media sosial sebagai tempat untuk bertelagah sesama selebriti.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ahmad Idham menyifatkan perkara tersebut akan membuka ruang kepada orang bukan industri untuk terus berkata.

“Industri seni ni bukan besar mana pun. Kalau pun tak puas hati dengan rakan sesama artis tak perlulah lepaskan di media sosial.

“Ingat orang di luar akan sokong ke? malah mereka akan ketawakan saja,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengarah filem Perjanjian Anak Syaitan 2 itu turut menyifatkan populariti yang diraih seseorang selebriti bukan pengukur akal seseorang.

“Sedarlah wahai rakan selebriti. Populariti bukan pengukur tahap intelek kita. Renung-renungkanlah,” tutupnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pelakon Fathia Latiff secara terbuka menyamakan wajah pelakon popular, Zahirah MacWilson seperti bibik atau pembantu rumah selepas menjawab komen peminat dalam siaran langsung di TikTok.

Terbaharu, pelakon sensasi, Zarina Anjoulie turut mendedahkan perangai sebenar, Fathia Latiff yang dikatakan gemar membanding-bandingkan dan berprasangka buruk terhadap orang lain.

Dalam perkembangan lain, filem arahan Adham Idham iaitu Anak Perjanjian Syaitan 2 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Anak Perjanjian Syaitan 2 mengisahkan seorang gadis, Azlinda lakonan Eyka Farhana yang mengalami pelbagai peristiwa pelik sehingga mendorongnya menjejaki susur galur keturunannya.

ARTIKEL BERKAITAN:  Fathia Latiff Petik Nama Zahirah Macwilson Di Sesi Live… Samakan Muka Macam Bibik, Dakwa Buat Bibir Di Australia?

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Pernah Terima Nasib Sama Dengan Zahirah Macwilson, Zarina Anjoulie Dedah Sikap Fathia Latiff? – “This Is Exactly Why..”

Khairil Khusyairi