Kembali Bercinta, Gigi Hadid Dah Jumpa Pengganti Zayn Malik?

Gigi Hadid dan Zayn Malik dilaporkan sudah lama putus sejak tahun lalu. Tidak mahu mengambil masa yang lama untuk move on, Gigi dikhabarkan kini bercinta dengan bekas kekasih Selena Gomez, Samuel Krost.

Biarpun masih tiada kenyataan rasmi daripada mereka berdua, Gigi dan Sam dilihat menunjukkan kemesraan di tempat awam, seolah-olah ada sesuatu di antara mereka.

Namun begitu, Gigi menerusi Twitter memuatnaik sebuah status menafikan berita percintaan mereka.

” Jika anda terus menulis berita utama seperti ini yang mana setiap kali saya dilihat bersama lelaki, maka anda akan terus hidup dalam tanda tanya,” tulis Gigi.

Sebelum itu, bekas kekasihnya, Zayn Malik sempat menulis sebuah status di Twitter seolah-olah memberi bayangan ia ditujukan buat Gigi. 

Menurut laporan US Weekly, Gigi dilaporkan masih mencintai Zayn. Namun, sumber dipercayai itu memberitahu pasangan ini berkemungkinan tidak akan kembali bersama dalam waktu terdekat. 

SGMS Faida