Categories: LIFESTYLE

Kenapa Perlu Rosakkan Bunga Untuk ‘Berselfie’

, manusia kadang-kadang terlupa hendak menghargai apa yang alam telah beri kepada mereka malah merosakkannya tanpa disedari. Begitulah gelagat pengunjung di sebuah ladang bunga yang telah merosakkan tumbuhan di sekitar tempat itu hanya kerana sekeping gambar.

Benar, sudah menjadi trend sekarang apabila seseorang akan mengambil gambar dengan latar belakang bunga di belakangnya. Namun jangan jadikan itu sebagai ‘alasan’ untuk musnahkan keindahan alam. Tidak menjadi kesalahan untuk berkongsi gambar dengan rakan mahupun untuk disimpan sebagai kenangan tetapi perlulah dengan cara yang betul dan tidak menjejaskan kawasan di sekitarnya.

Insiden itu telah menjadi perbualan hangat di laman twitter semalam dan mendapat pelbagai reaksi dari pengguna laman terbabit. Perbuatan itu telah menyebabkan banyak bunga disekitar rosak dan mati. Malah tempat di mana berlakunya insiden itu ditutup buat sementara waktu. Bunga-bunga itu adalah dari jenis California Poppies iaitu sejenis bunga yang sensitif dan tidak akan kembang sekiranya mereka ‘terusik’ apatah lagi setelah dirosakkan.

Malah ada di antara pengguna twitter yang menunjukkan ‘teknik’ menangkap gambar dengan berlatar belakangkan bunga tanpa merosakkannya.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang semuanya mampu direalisasikan hanya satu butang. Setiap aktiviti mahupun moment menarik boleh dimuatnaik di media sosial untuk dikongsikan dengan pengikut mahupun sahabat anda. Bahkan anda boleh berkongsi setiap inci kehidupan anda secara langsung dengan seluruh dunia. Maka gunakanlah peluang itu untuk menyebarkan informasi dan isu yang berguna kepada masyarakat.

Sumber : Twitter 

SGMS Enal