‘Kongsi Mesej Yang Dikata ‘Friendly’ Itu,’- Fazura Kecewa Terima Tuduhan Tak Berasas

“ Saya mengalu-alukan Hans untuk berkongsi mesej tersebut yang dikatakan bersifat ‘friendly’ supaya orang ramai boleh membuat penilaian sendiri,” kata pelakon jelita Nur Fazura yang kecewa dengan kiriman teks diterima daripada Datuk Hans Issac berhubung penampilannya sebagai penyampai trofi di FFM adalah atas permintaan peribadi.

Tambah aktres itu kepada rancangan Melodi, dia hanya menjalankan tugas sebagai penyampai trofi dan menganggap kiriman teks daripada Datuk Hans Issac sebagai tidak profesional. 

” Apabila saya menerima kiriman mesej daripada Datuk Hans Isaac, apa yang saya buat adalah merujuk kepada pihak pengurusan saya, Universal Music Malaysia.

“ Mesej yang dihantar oleh Hans itu telah menuduh saya bersikap tidak profesional di malam FFM 30. Saya hanya menjalankan tugas,” katanya.

Tambah isteri kepada pelakon Fattah Amin ini, dia menegaskan bahawa dia hanya bersikap profesional sebagai penyampai trofi.

Fazura yang tampil dengan Fattah menyampaikan trofi kategori Anugerah Khas Juri menjelaskan, dia dan suami masing-masing mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi.

Tambah Fazura, mengikut perancangan, mereka sepatutnya tampil dalam slot berasingan.

Namun, ketika menunggu giliran di belakang pentas, mereka didatangi dua petugas produksi yang meminta dia dan Fattah untuk bersama-sama naik ke pentas menyerahkan trofi.

Dalam kekalutan itu, Fazura menambah, dia dan Fattah sempat berlatih skrip, biarpun dimaklumkan pada saat-saat akhir. Fazura mendakwa, mereka diberitahu kehadiran Fattah bersamanya adalah elemen kejutan untuk acara itu.- Melodi TV3

SGMS Faida