Kemunculan Amyza Aznan Gamatkan Famili Duo Tapi Kain Belah Tinggi Jadi Pertikaian, Netizen Dakwa Seksi Sangat! Rupanya…

Kemunculan aktres versatil, Amyza Aznan sebagai undangan khas ketika persembahan duo adik beradik, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani menyampaikan lagu Hati di minggu keempat Famili Duo menghangatkan keadaan.

Suasana bertukar gamat tatkala Amyza yang jelita dengan persalinan serba hitam persis supermodel melangkah menuju ke pertengahan pentas dan penonton bersorak melihat kehadiran pelakon berbakat itu.

@xtra_my Fuh! Persembahan Zaki & Yamani malamni ditemani Kak Amyzaa lah😍❤️ Juri pun enjoy okay! Korang boleh Strim LIVE HD di Tonton & saksikan juga di TV3! #FamiliDuoTV3 #xtramy ♬ original sound – XTRA

Namun begitu, berdasarkan komen di laman sosial, netizen mengkritik busana hitam digayakan oleh Amyza yang didakwa terlalu seksi dan tidak bersesuaian dengan aktres Rindu Kasih itu.

Meninjau Instagram Amyza, pelakon ini menjawab persoalan seorang pengikut yang mengatakan dirinya seksi di ruangan komen.

Menurut Amyza, dia mengenakan seluar warna kulit dengan busana hitam terbabit.

Amyza turut membalas beberapa komen peminat di ruangan komen Instagram XTRA.

Pada minggu keempat, Yamani dan Zaki berada di tangga kelima dengan kutipan markah sebanyak 48.1 peratus.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Padin