Famili Duo: Akhirnya Ayda Jebat & Fyna Jebat Menang, Berjaya Raih RM10,000 Di Minggu Keempat… Jom Semak Markah Penuh & Kedudukan Peserta

Setelah beberapa kali di kedudukan kedua, minggu keempat Famili Duo bertemakan ‘Cinta / Romantis’ menyaksikan pasangan adik beradik, Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang membawa lagu Bertakhta Di Hati nyanyian Farahdhiya mendahului pertandingan dengan meraih 57.7 peratus markah.

@xtra_my Terbaiklah persembahan The Jebat’s malamni 🤘🏻🤩 Memang stylo woo! Korang boleh Strim LIVE HD di Tonton & saksikan juga di TV3! #FamiliDuoTV3 #xtramy ♬ original sound – XTRA

Dinilai sebanyak 80 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 20 peratus undian atas talian oleh penonton, Ayda dan Fyna berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Naim Daniel dan Sissy Imann yang menyampaikan lagu Akad meraih markah sebanyak 52.8 peratus.

@xtra_my Terbuai-buai min dengan persembahan Duo Naim & Sissy malamni. Juri pun komen positif tau! 😍 Korang boleh Strim LIVE HD di Tonton & saksikan juga di TV3! #FamiliDuoTV3 #xtramy ♬ original sound – XTRA

Membawakan lagu I Surrender, Ara Johari dan Shaffiq Erwin pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 48.2 peratus.

@xtra_my Pembukaan persembahan Ara Johari & Shaffiq malam ni sangat sampai dengan jiwa-jiwa juri.. Rasa sedap jer nak dengar! Korang boleh Strim LIVE HD di Tonton & saksikan juga di TV3! #FamiliDuoTV3 #xtramy ♬ original sound – XTRA

Berikut merupakan markah penuh tujuh peserta Famili Duo di minggu keempat:

1. Bertakhta Di Hati – Ayda Jebat & Fyna Jebat (57.7%)
2. Akad – Sissy Imann & Naim Daniel (52.8%)
3. I Surrender – Ara Johari & Shaffiq Erwin (48.2%)
4. Hati – Zaki Yamani & Yamani Abdillah (48.1%)
5. Terlalu Istimewa – Bella Astillah & Wani Kayrie (33.8%)
6. Cinta Luar Biasa – Siti Saida & Siti Saerah (23.5%)
7. Dealova – Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (17%)

Berikut pula carta keseluruhan markah terkumpul untuk Famili Duo:

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Padin