“Kena Pukul Dengan Geng Honda” – Fatin Afeefa Jaga Opai Di Hospital, Tepis Spekulasi Rumah Tangga Sedang Bergolak?

Rumah tangga pelakon, Fatin Afeefa bersama suaminya, Aliff Awang didakwa bergolak selepas kedua-duanya memadam foto pernikahan mereka di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘Menganjing’ Suami Di TikTok, Fatin Afeefa Padam Foto Aliff Awang?

Susulan itu, menerusi perkongsian di Instagram Fatin dilihat sedang menjaga suaminya yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan luka di tangannya.

Berdasarkan muat naik Fatin, dia sempat memerli suaminya yang berkata Opai dimasukkan ke hospital kerana dipukul oleh geng Honda.

Sebelum ini, Aliff atau lebih mesra disapa Opai membuat Instagram Live berhubung keadaan tanggannya yang tumbuh biji seperti bisul, namun selepas beberapa hari luka tersebut semakin parah dan bernanah.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Fatin dan Opai berhubung dakwaan rumah tangganya sedang bergolak.

Terdahulu, Opai dikritik ramai apabila menggelarkan kereta bukan jenis supercar seperti najis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Bawa Najis Dekat Sini!” – Opai Didakwa Hina Orang Bawa Kereta Biasa, Wak Doyok Tak Puas Hati?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Isu Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa ‘Menganjing’ Suami… Netizen Harap Kekal Tabah Bersama Opai – “Tak Selamanya Di Atas Bro”

Aqilah Paharuzi