#AnggunLife : Kenapa Ezzaty Abdullah Takut Hantar Anak Ke Pusat Pengasuh?

Pelakon Ezzaty Abdullah mengaku enggan menghantar anak ke pusat asuhan dan tidak meletakkan kepercayaan kepada orang luar menjaga anaknya, Harum Dahlia.

Katanya, biarpun tidak pernah mengalami sebarang pengalaman buruk mengenainya namun dia mempunyai alasan tersendiri yang membuatkan dirinya takut mengambil risiko.

“ Suami pernah bersuara memberi idea tentang menghantar anak ke pengasuh tetapi saya tidak bersetuju.

“ Saya lebih rela bergilir-gilir dengan suami menjaga Harum. Bukan tidak percaya tetapi saya pernah ada pengalaman bekerja di taska membuatkan saya lebih teliti dalam hal-hal penjagaan anak,” katanya kepada xtra.com.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini memberitahu di sebalik kesibukannya di set penggambaran, dia dan suami akan meluangkan masa dengan anak sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu.

“ Saya tahu orang lain boleh menjaga anak saya tetapi dalam hal ini, saya lebih teliti. Misalnya dalam bab membersih botol susu. Sehingga kini, saya amalkan tiga langkah dalam cara membersih botol dengan betul.

“ Pengasuh mungkin tidak mampu mengikut cara saya. Saya amat menitik berat soal kebersihan dalam bab penjagaan anak,” akhiri Ezzaty.

Ezzaty, 33, dan dan Ezzaty, 27, berkahwin pada 16 Julai 2016 di Bentong, Pahang.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dahlia pada 6 Disember tahun lalu.

SGMS Faida