Categories: Hiburan

KENAPA NI ZIZAN?

Kenapa dengan Zizan? Haa.. kalau nak tahu inilah yang berlaku kepada pelakon dan pelawak Zizan Razak ketika sedang melakukan penggambaran adegan aksi dalam filem Polis Evo 2. 

Zizan cedera ketika sedang melakukan penggambaran Polis Evo 2

Zizan telah memuat naik beberapa keping gambar semasa kemalangan itu berlaku di laman instagramnya dan ramai peminatnya mendoakan agar pelakon ini cepat sembuh dan dapat meneruskan semula penggambaran filem tersebut.

“Jadi nasihat zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem. Harini Zizan cedera dalam satu babak aksi. Dan doakan Zizan cepat sembuh. Amin.”

Filem Polis Evo 2 ini juga turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti, Raline Shah, Erra Fazira, Shaheizy Sam, Hairul Azreen dan ramai lagi.

Semoga cepat sembut Zizan!

 

Salma Syahbuddin