“Kenapa Tak Ajak Bella Or So Called ‘Bestfriend’ Makan Sekali?”- Eyra Hazali Pertikai Kenyataan Ruhainies Isu Tangkap Khalwat

Kenyataan pelakon, Ruhainies berhubung kontroversi ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Tidak terkecuali, selebriti Eyra Hazali yang turut mempersoalkan penjelasan atau kronologi kes tersebut yang seakan tidak masuk dek akal fikiran.

Menerusi ciapan di laman X, Eyra meluahkan pelbagai pertanyaan termasuklah bertanya mengapa Ruhainies tidak mengajak rakan baiknya merangkap isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah untuk menjamu selera bersama-sama di kediamannya.

Malah, Eyra turut bertanya mengenai tindakan Aliff yang tidak mahu membuka pintu ketika diketuk oleh individu lelaki atas alasan akan keselamatan mereka.

“So PA (personal assistant) pergi mana? Kenapa bukan PA tolong angkat barang?

“The boy (Aliff) pun risau keselamatan ke tak nak buka pintu?

“Tak ajak wife (Bella) or so called bestfriend sekali ke makan-makan? Mana minta maaf pada the wife?,” soalnya.

Di akhir ciapan tersebut, isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Haziq Nadzli ini menegaskan seharusnya batasan antara mereka tetap diperlukan meskipun sudah berkawan selama 10 tahun.

“Kena ada boundaries walaupun dah 10 tahun kawan,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan turut meluahkan pendapat yang sama berhubung kenyataan Ruhainies itu.

Semalam, dalam satu kenyataan dimuat naik di Instagram, Ruhainies mengatakan dia hanya mengajak Aliff yang merupakan rakan baik selama 10 tahun untuk makan bersama ahli keluarga di kediaman miliknya.

Kata Ruhainies lagi, kakaknya pelakon Risteena juga sepatutnya datang ke kediaman namun terlewat atas tersangkut di kesesakan lalu lintas

Terdahulu, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: “JAWI Sampai Jam 11 Malam, Bukan 3 Pagi” – Dedah Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Risteena Harap Netizen Tak Terus Menghukum

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astilah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Macam Tak Ada Apa” – Ruhainies, Aliff Aziz Dalam Tempoh ‘Bertenang’, Fokus Shooting Saat Bella Astillah Tuntut Cerai

Artikel Berkaitan: ‘Tikam Belakang’ Kawan Punca Nama Ruhainies Digugurkan, A Aida Beri 3 Kontrak Drama Kepada Bella Astillah – “Dia Minta Maaf Pun Tak Terima”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

Aqilah Paharuzi